Share,Share and Share :D
Mutimedia telah menjadi satu keperluan pada masa
kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang
berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan. Malah, kewujudan
internet telah meningkatkan lagi permintaan untuk kandungan multimedia.
Apa itu Multi?
Multi dalam bahasa inggeris bermakna pelbagai.
Apa itu Media?
Media merujuk kepada mana-mana elemen yang digunakan untuk berkomunikasi.
Apa Itu Multimedia?
Multimedia adalah kombinasi perkakasan dan perisian computer yang
membolehkan anda untuk mengintergrasikan video, animasi, audio, grafik,
dan sumber kajian untuk membangunkan persembahan yang berkesan pada
komputer desktop yanh berpatutan. (Fenrich,1997)
Multimedia dicirikan oleh kehadiran teks, gambar, bunyi, animasi, dan
video; sebahagian atau semua yang telah dianjurkan ke dalam beberapa
program yang koheren. (Philips,1997)
Multimedia ialah mengkombinasikan pelbagai elemen media seperti teks,
bunyi, gambar, animasi, video dan kandungan berbentuk interaktif. Ianya
digunakan untuk mewakili dan menyampaikan maklumat. Contohnya;
persembahan yang melibatkan audio dan video boleh dianngap sebagai
persembahan multimedia manakala Perisian pendidikan yang melibatkan
animasi, bunyi, dan text dipanggil Perisian Multimedia. Apabila pengguna
akhir iaitu pengguna projek multimedia dibenarkan untuk mengawal “Apa”,
“Bila” dan “Bagaimana” terhadap elemen yang dihantar dan dibentangkan,
ianya menjadi multimedia interaktif.
Apa itu Projek Multimedia?
Projek Multimedia adalah projek yang menggabungkan jenis-jenis media
seperti bunyi, video, teks, gambar, grafik, dan lain-lain kepada
persembahan. Projek multimedia adalah berbeza-beza mengikut kerumitan
dari penghasilan poster atau screen cast kepada pengguna, penciptaan
filem atau cerita berbentuk digital berdasarkan topic yang dikaji. Alat
digital yang semakin berkembang telah memudahkan lagi penghasilannya.
Apa itu Multimedia Interaktif?
Projek Multimedia hanyalah memberi maklumat kepada penonton melalui
penggunaan pelbagai elemen media; berbanding dengan Multimedia
Interaktif, ianya membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan mengawal
maklumat. Contohnya, pengggunaan kiosk yang meluas, pengguna boleh
mengawal apa dan bila maklumat dipaparkan, kaedah ini memerlukan
perisian komputer yang dibangunkan sendiri. Pembangunan perisian
interaktif meningkatkan lagi potensi kerumitan projek sehingga tahap
100% menyusahkan.
Apa itu Multimedia Kiosk?
Multimedia Kiosk adalah mana-mana terminal komputer yang besar dan
sering diletakkan di tempat awam, dimana orang awam boleh
menggunakannya. ATM adalah salah satu Multimedia Kiosk, sebagai contoh,
Pengguna tidak perlu lagi beurusan di kauter sebaliknya, pengguna hanya
perlu menggunakkan kad debit dan keluarkan wang. Ianya boleh didapati di
mana-mana sahaja seperti pasar raya, pusat membeli- belah, lapangan
kapal terbang, dan kedai serba guna.
Via: Xlawsknowledges